Total Pageviews

25.5.11

I'm just ordinary woman who wants to be extraordinary

setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya...bait2 yg selalu aku pegang sekiranya berlaku apa2 musibah terhadap diri sendiri atau keluarga....alhamdulillah...byk perkara yg telah aku lalui samada kecil ataupun besar...tetapi aku ttp bersyukur kerana aku mampu mengharungi nya wpun kadang2 xsekuat yg aku sangkakan...

bertitik tolak dengan segala apa yg berlaku...aku bersyukur dengan limpah kurnia yg Tuhan berikan pd aku dan family...wpun ade yg kurang dari beberapa segi...tetapi kita sume manusia yg serba kekurangan...

2003, merupakan perubahan idup aku yg terbesar kerana aku telah berkahwin dgn seorang yg betul2 aku sayang...alhamdulillah...sehingga kini aku masih menyayangi dia dan begitu juga dengan die...peranan aku juga berubah dari seorang kekasih kepada seorang isteri...menjadi seorang isteri bukan satu peranan yg mudah...kita perlu sentiasa bersama nya dan berkongsi segalanya...

2004, aku melahirkan zuriat aku yg pertama iaitu ameer ashraff, peranan aku jg bertambah...menjadi seorang ibu....perasaan bercampur baur ketika itu...kerana walaupun terlalu gembira menerima hadiah pemberian TUHAN tetapi byk tanggungjawab yg perlu aku pikul setelah bergelar ibu....
percayalah...setelah melahirkan anak...hati dan perasaan jg berubah....aku tanamkan dalam diri untuk menjadi ibu yg terbaik...aku xmengambil orang lain sebagai contoh...cuma melihat mak dan mama yg begitu dkt dgn diri aku....

kedua2 mak dlm hidupaku mempunyai sifat yg kontra...mak seorang sgt strict dan sgt rajin, mama pula lebih lembut dan teliti dlm membuat kerja...sifat2 ini aku guna pakai utk aku mendidik anak2 aku...

tugas mendidik bukannya senang...mcm2 cabaran...sehingga kdg2 xsedar anak2 kita dh pandai dlm sesuatu hal....terima kasih kepada guru2 yg mengajar ameer...alhmdulilah...die berada di landasan yg benar...

aku pernah terbaca notes wardina saffiya ttg bagaimana cara die mangajar anaknya solat...aku mengalirkan air mata kerana bkn senang nk menanamkan sifat2 terpuji kerana sekarang terlalu byk tekanan dari pelbagai sudut...aku sgt bersyukur kerana ameer bersekolah agama....jd byk bende yg die belajar....dan apabila die mengajak aku solat...waktu itu luluh jantung aku....terus jatuh air mata aku kerana anak sekecil 7 tahun mengajak ibunya bersolat....saat itu aku berjanji pada diri sendiri untuk terus menanamkan sifat suka solat kepada ameer dan sentiasa berdoa memohon segalanya dengan TUHAN....
benarlah jika kita mahu membetulkan seseorang...perbetulkanlah solatnya...mudah2han kami satu keluarga mendapat taufik dah hidayah dari ALLAH S.W.T...betapa TUHAN memberikan zuriat yang benar2 suci dan baik...aku bertanggungjawab menjadikan anak2 aku anak2 yg soleh...amin...semoga usaha aku dipermudahkan dan menjadi kenyataan...

p/s- terima kasih ustazah salma...ameer ashraff dh boleh bc jawi dan pandai solat...hanya ALLAH sahaja yg dpt membalas segalanya....amin

No comments: